Kemudahan Logistik

Kedudukan Laman Bayu Homestay adalah amat strategik di tengah Bandaraya Alor Setar. Kedudukan homestay ini amat berdekatan dengan susur keluar Lebuhraya Utara Selatan (Alor Setar Utara) dan memudahkan pengunjung. Ia terletak berdekatan dengan Stadium Bolasepak, Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah Medical Centre, Putra Medical Centre, Pekan Rabu, Menara Alor Setar, Pusat Perniagaan Aman Central, Pacific dan lain-lain. Kemudahan-kemudahan asas seperti stesen minyak, tempat makan, klinik, sekolah, masjid adalah sangat dekat dengan homestay ini.

 

Laman Bayu Homestay adalah berkonsepkan percutian keluarga. Pengunjung boleh berehat sambil berkumpul bersama keluarga serta menikmati keriangan mandi manda di kolam renang peribadi yang disediakan untuk pengunjung dewasa dan kanak-kanak.

 

Laman Bayu Homestay juga sesuai untuk diadakan majlis kecil seperti reunion, family day, majlis keraian dan sebagainya kerana mempunyai halaman yang luas.

 

 

ASSALAMUALAIKUM BUAT TETAMU YANG DIHORMATI,

 

Selamat datang ke Laman Bayu Homestay Alor Setar

 

SYARAT DAN TERMA PENGINAPAN DI LAMAN BAYU HOMESTAY

 

1.       Penghuni perlu membuat bayaran penuh berserta deposit sekuriti (RM100) sebelum dibenarkan memasuki homestay. Waktu check-in adalah pada jam 3.00 petang manakala waktu check-out pada jam 12.00 tengahari.

 

2.       Homestay ini mempunyai 5 bilik yang selesa untuk 10 tetamu dewasa. Pengurusan homestay membenarkan jumlah tetamu tidak melebihi 20 orang (termasuk dewasa dan kanak-kanak) yang termasuk di dalam bayaran sewa. Sebarang tambahan tetamu dicaj RM10/ head untuk caj penggunaan utiliti. Sila maklumkan jumlah sebenar tetamu kepada pihak pengurusan homestay. Penghuni juga tidak dibenarkan untuk menjemput tetamu luar tanpa memaklumkan kepada pihak pengurusan homestay terlebih dahulu.

 

3.       Penghuni bertanggungjawab menjaga keselamatan rumah dan barang-barang yang disediakan semasa menginap di sini. Penghuni tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah ini.

 

4.       Homestay ini dilengkapi dengan CCTV (outdoor) bagi tujuan keselamatan penghuni, serta dilengkapi wifi secara percuma untuk kemudahan penghuni.

 

5.       Keselamatan seluruh ahli keluarga dan barangan penghuni adalah tanggungjawab penghuni sendiri. Pastikan pintu dan tingkap serta pintu pagar dikunci semasa anda tidur atau keluar.

 

6.       Penghuni perlu memastikan semua suis termasuk aircond, kipas, lampu, televisyen ditutup setiap kali apabila keluar meninggalkan homestay.

 

7.       Penghuni diminta agar dapat menjaga kebersihan di homestay ini. Sila buang semua sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. Bagi tujuan keselamatan dan mengelakkan bau rokok, MEROKOK DAN VAPE ADALAH DILARANG DI DALAM RUMAH. Sekiranya penghuni ingin merokok, sila merokok di luar rumah.

 

8.       Penggunaan peralatan gas adalah tidak dibenarkan di dalam rumah bagi tujuan keselamatan. Hanya peralatan memasak elektrik sahaja disediakan dan dibenarkan sekiranya penghuni ingin memasak.

 

9.       Tempat membakar BBQ disediakan untuk kegunaan penghuni secara percuma. Arang, grill serta peralatan-peralatan BBQ perlu dibawa sendiri oleh penghuni.  Penghuni boleh menggunakan pinggan mangkuk dan peralatan  yang disediakan oleh pihak homestay. Sila pastikan tempat BBQ ditinggalkan di dalam keadaan bersih setelah penggunaan.

 

10.   Penghuni DILARANG membawa makanan tidak halal serta minuman alkohol ke dalam homestay. Penghuni juga tidak dibenarkan membawa haiwan peliharaan masuk ke dalam homestay.

 

11.   DILARANG melakukan aktiviti maksiat seperti berkhalwat atau penyewaan pasangan bukan muhrim.

 

12.   Penghuni diharap tidak membuat bising hingga mengganggu ketenteraman jiran-jiran berdekatan. Sebarang aktiviti perlu tamat sebelum jam 12.00 tengah malam.

 

13.   Penghuni diminta menjaga tanaman-tanaman di homestay ini dan tidak mematahkan atau merosakkannya. Penghuni tidak dibenarkan mengubah susunan perabot yang ada di dalam rumah.

 

14.   Sila pastikan kenderaan diparkir di tempat yang disediakan dan tidak mengganggu laluan jalan. Ruang laman boleh memuatkan sehingga 4 buah kereta.  Sekiranya parking di luar, sila susun kereta supaya tidak menghalang laluan jiran keluar masuk.

 

15.   PIHAK PENGURUSAN BERHAK SEPENUHNYA UNTUK MEMINTA PENGHUNI MENINGGALKAN PREMIS HOMESTAY SERTA MERTA SEKIRANYA SYARAT DAN PERATURAN TIDAK DIPATUHI.

 

16.   Jika berlaku kehilangan atau kerosakan kepada peralatan homestay, pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau mengambil deposit sekuriti atau melaporkan kepada pihak polis. Sebarang kerosakan atau masalah sewaktu menghuni di sini, penghuni boleh hubungi pihak pengurusan homestay.

 

POLISI BAYARAN DEPOSIT DAN DEPOSIT SEKURITI

 

1.       Bayaran deposit perlu dibuat semasa membuat tempahan, dan secara automatik menjadi deposit sekuriti pada hari checkin.

 

2.       Deposit sekuriti akan dipegang oleh tuan rumah dan dipulangkan selepas checkout (dalam tempoh 48 jam). Deposit sekuriti akan dipotong di dalam keadaan berikut:

a.       Kehilangan/ kerosakan barang, nilai deposit bersamaan nilai barangan

b.      Kelewatan check out, RM30/ setengah jam

c.       Rumah ditinggalkan kotor, RM50 untuk upah pencucian tambahan

 

3.       Sekiranya berlaku pembatalan tempahan, deposit akan dipulangkan semula sekiranya tarikh tidak kurang daripada 3 hari sebelum checkin. Sekiranya kurang tempoh tersebut, deposit akan dipulangkan sekiranya ada penggantian oleh tetamu lain.

 

SYARAT DAN PERATURAN KOLAM RENANG

 

1.       Penggunaan kolam renang adalah untuk tujuan mandi dan riadah dalam air. Kedalaman kolam dewasa adalah 4 kaki manakala kolam kanak-kanak 2 kaki.

 

2.       Penghuni bertanggungjawab menjaga keselamatan ahli keluarga masing-masing sewaktu menggunakan kolam renang dan pihak pengurusan tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemalangan.

 

3.       Sila pastikan pakaian yang dipakai adalah bersih dan bersesuaian. Sila bersihkan diri di shower sebelum masuk ke kolam.

 

4.       PAKAIAN JENIS COTTON TIDAK DIBENARKAN kerana boleh merosakkan baju serta warna air kolam. Pakaian yang paling sesuai adalah jenis jersi.

 

5.       Penghuni hendaklah menjaga kebersihan kolam sewaktu mandi. Elakkan membawa makanan atau apa jua benda yang boleh mencemarkan kolam.  Penggunaan sabun, syampu dan detergen tidak dibenarkan sama sekali sewaktu berada di kolam. Penghuni  juga DILARANG membawa belon ke dalam kolam kerana cebisan belon yang pecah akan menyebabkan kerosakan kepada pam.

 

6.       Waktu akhir penggunaan kolam adalah pada jam 12.00 tengah malam dan 11.00 pagi pada hari check-out.

 

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA TUAN/ PUAN.

 

PIHAK PENGURUSAN

LAMAN BAYU HOMESTAY ALOR SETAR